Monday, 9 July 2012

badan sihat, otak cerdas

Bismilahirrahmanirrahim.

Sedikit coretan dari luahan hati ini. Kita sedia maklum bahawa sekarang ini adalah musim sukan. Kita baru sahaja selesai dengan EURO CUP 2012 yang telah dimenangi oleh Spain, SUKMA XV yang sedang berlangsung di Pahang dan Sukan Olimpik yang akan berjalan di UK.

Hari ni, saya tertonton TV 1 dan waktu tu, sedang ditayangkan acara takraw bagi kategori wanita. Dalam 2-3 minit saya tengok tu, tiba-tiba saya terfikir,

"isyh, macam x sesuai ja tengok perempuan terkangkang sana terkangkang sini. Dahla pengadil tu lelaki, coach dia pun lelaki." Saya pun sigh.

Sukan takraw adalah antara sukan yang saya paling gemari kalau time SUKMA nih. Tapi hari ni, saya tengok tak sampai 5 minit pun. Dan saya terus ubah channel. Tak sampai 10 minit, hujan pun turun, Terus saya tutup TV. Dulu, masa saya dalam tingkatan 4 - 5, pernah ada tajuk karangan yang meminta huraian mengenai isu wanita dalam politik, aktiviti sosial, sukan dan sebagainya . Masa tu, saya sangatlah menyokong yang wanita ni, ok jerr kalau nak join aktiviti2 ni semua. Apa lah kurangnya wanita kan?

Tapi, apabila saya tengok pasukan-pasukan wanita ni tengah menyepak-nyepak bola takraw tu, saya nampak amatlah kurang sopan. Walaupun ada group yang bertudung, dan memakai baju lengan panjang (yang saya kira, alhamdulillah mereka menutup aurat), namun saya percaya itu bukanlah lesen untuk kaum wanita bebas menunjukkan pergerakan-pergerakan yang kurang sesuai itu.




Maaf jika saya berfikiran yang wanita seharusnya diberi had dalam bersukan. Memang tak salah, amatlah tidak salah untuk kaum wanita bersukan, tapi harus diambil kira siapa yang tengah melihat, dan apa jenis sukan yang kita akan mainkan itu. Agak kesal di hati ini melihat tiada lagi batas-batas untuk seorang wanita bersukan. Bukanlah saya seorang yang perfect, tapi saya sedaya upaya ingin bersama-sama dengan mereka yang mempunyai matlamat untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Saya tak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Tetapi, saya dengan penuh pengharapan, berharap agar saya dan juga sahabat-sahabat yang lain diberikan ibrah, petunjuk dan hidayah oleh Allah Taala. Dan ingatlah bahawa hidayah itu perlu juga dicari, bukan hanya dipinta.

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mecapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu"
(Surah Muhammad:7)


1 comment:

  1. Me too! I like takraw as well! Tp xtau pulak lani dah ada category utk perempuan dlm SUKMA..huhuhu..mungkin kalo semua yg terlibat tu (coach, referee, audience etc) tu semua perempuan kita boleh pertimbangkan kan? inshaallah semoga ramai lg berfikiran mcm ni:)

    ReplyDelete