Monday, 16 July 2012

tanyalah ustaz - derhaka kepada ibu bapa

Bismilahirrahmanirrahim

Pagi tadi alhamdulillah, tak tidur semula lepas Subuh.
Banyak manfaat yang boleh didapati kalau tak tidur balik lepas Subuh.
Suasana di pagi hari sangatlah nyaman.
Looking at the sunrise would make me feel like 'there is another hope on this day' ^^
Dan sempat juga untuk menonton Tanyalah Ustaz di TV9.
Tajuknya adalah Derhaka anak kepada ibu bapa. Derhaka kepada ibu bapa adalah apabila kita melakukan sesuatu yang ibu bapa tak suka. Bila dilihat kembali, mungkin begitu banyak perkara yang kita lakukan yang membuatkan ibu bapa kita kurang senang.
Salah satu point yang saya tertarik adalah apabila seorang makcik menanyakan ustaz 'adakah wujud situasi di mana ibu bapa derhaka kepada anaknya?'
*agak pelik soalan itu, dan saya berfikiran, uisyh! xkan lah kot'
Namun ustaz memberikan jawapan bahawa situasi ini boleh wujud, dan beliau ada mengaitkan situasi yang berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khattab.
Kata ustaz,

Seorang bapa dikira menderhakai ibu bapanya apabila:


Bapa tidak mencari ibu yang baik kepada anaknya
Bapa tidak mengajar ilmu-ilmu al-Quran kpd anaknya e.g solat, puasa
Bapa tidak memberikan nama yang baik kepada anaknya

Semoga ilmu ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan dalam mengecapi kehidupan yang bahagia hingga ke Syurga kelak., InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment