Tuesday, 7 August 2012

salam nuZul al-Quran

Sepatutnya, semua umat Muslim sudah tahu yang bulan Ramadan bukan sahaja terkenal dgn lailatul Qadar. Malah, bulan Ramadan juga adalah bulan di mana al-Quran diturunkan yakni pada malam 17 Ramadan. Hari tu, aku tengok Semanis Kurma, TV9. Sempat salin sikit notes by ustazah Bahiyah. Cerita mengenai seseorang yang datang menemui Ibnu Mas'ud mengatakan hati nya tidak tenang. *STRESS*

Jadi Ibnu Masu'd menyarankan lelaki itu untuk pergi ke 3 tempat.

#1 : Tempat orang mengaji al-Quran/dia sendiri yang membaca al-Quran
#2 : Menghadiri majlis ilmu
#3 : Duduk di tempat yang sunyi utk beribadat. Menyendiri dan merasakan diri dekat dgn ALLAH TAALA.

Jadi, lelaki itu memilih untuk terus mengambil wudhuk. Dan membaca al-Quran. Seketika itu, beliau merasakan hatinya sangat tenang.

Pengalaman aku, aku pun pernah buat macam tu. Dan memang betul, dengan penuh konsentrasi, walaupun aku baca sikit ja, tak sampai satu page pun, tenang betul rasa.
Memang betullah, pernah ada orang bagitau aku, manusia ni, setinggi-tinggi mana pun, kita akan kembali pada fitrah kita. Dan fitrah itu adalah agama ALLAH.

*normal bagi orang kebiasaan, bila dah tension, banyak kerja, buat semua benda serba tak kena, terus jadi rajin sembahyang, tadah tangan baca doa banyak2, baca Quran, buka blog2 berunsurkan agama dsb. Aku salah seorang daripadanya*

1 comment: