Sunday, 9 September 2012

innalillahiwaiina ilaihiraji'un

Baru-baru ini, ada berita mengenai kemalangan dua pelajar Malaysia yang belajar di Moscow sehingga menyebabkan kematian. Takziah kepada keluarga kedua-dua pelajar itu. Semoga ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh.

Hari ini, ada dua lagi kematian yang berlaku area rumah aku. Ya ALLAH. Debar pula rasa hati.

Dimana-mana dan pada bila-bila masa pun, ALLAH berkuasa menarik nyawa yang DIA pinjamkan kepada kita. Dan kematian itu pasti. Yang menjadi bekalan adalah amalan-amalan kita di dunia ini.

"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berasa di dalam benteng yang tinggi dan kukuh" [Surah An Nisa':78]

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kami dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan" [Surah Al-Anbiyaa':35]

ps: Semoga ALLAH sentiasa menerima amalan-amalan kebaikan kita
pss: Semoga kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat sebelum meinggalkan dunia ini.

No comments:

Post a Comment