Monday, 10 September 2012

Kenangan exam =]

Ada beberapa kenangan yang masih utuh setiap kali menjelangnya peperiksaan-peperiksaan besar iaitu UPSR, PMR dan SPM

1) Seminggu sebelum exam, mula berbaik dengan semua kawan-kawan, guru dan semua orang. Mula bermaaf-maafan. Semua benda tak elok berlaku pada diri pun akan diterima dengan redha. Caci maki, segala perkataan buruk semua tersemat saja di hati . hehe Megi [yang mana begitu popular dalam kalangan warga asrama] pun dah tak ambil =]

Bacaan yaasin ramai-ramai di mana majoriti pelajar akan bawa sebotol air.

2) Malam exam, tidur terganggu, ketaq lutut. Makan tak lalu. Baca apapun semua tak masuk. Mulalah ada kawan-kawan cakap, 'alaahh, xyah baca ah. Baca pun x masuk nya!. Baik sembang-sembang, release tension' So, langkah mudah untuk 'release tension', maka, sembang-sembang lah kami. hehe.

Malam exam juga, banyak solat sunat, baca Quran, Yaasin. etc. Senyum dekat makcik-makcik yang lalu lalang. Jaga makan minum. Makan pun cukup-cukup [kalau sebelum ni, selalu ja pi beli cekelat, cekedis].
>.<

3) Pagi exam. Mula-mula bangun dah teringat exam. Mandi pun tak lama. Tak banyak sembang. Kening masing-masing berkerut-kerut. Pagi-pagi buat soal-jawab ringan-ringan sesama kawan-kawan. Telefon mak, suruh doa banyak-banyak. Bagitahu exam apa, pukul berapa. Nasihat mak akan sama untuk setiap kali exam : - [bismillah, selawat, baca soalan dua kali, baca page, relax, an so on lah] hehe..
Time ni, akan ada buku yang dipegang di tangan, Tapi sekadar melepaskan gusar di hati. Bukan bukak pun! Kalau buka pun, tak dapat nak hafal dah! haha

4) Habis semua paper. Akan ada cikgu/pengawal peperiksaan menjerit 'MERDEKA' diikuti oleh para pelajar. Lepas tu jugak, buku-buku bersumberkan akademik akan disimpan. Langkah terbaik untuk mengelakkan nervous ialah tak akan ada amalan 'menyemak jawapan selepas exam'. Nanti hidup tak tenang~

photo credit:  http://ayupuspitaningrum.blogspot.com/2012/06/exams-is-done.html 

Lepas tu, akan ada sesi makan 'megi' beramai-ramai. Beli cekedis-cekedis, cekelat.Sembang hingga lewat malam sampai warden menjerit suruh 'light-off''. Pergi offer diri kat cikgu-cikgu in case depa ada apa-apa untuk ditolong [dan selalunya memang akan ada]. Mula merapat-rapatkan diri dengan junior-junior. Tolong mana-mana yang patut. Time-time ni jugak banyak pula program yang cikgu dah sedia untuk isi masa lapang [rasa-rasanya semua warga hostel tak akan terlepas dari perkara ni. Am I right?]


ps: Apa-apapun,, buatlah yang terbaik untuk exam. Walaupun dengan dapat 'straight A's' bukanlah 100% menjamin masa depan, tapi exam itu sebagai 'penanda' tahap pembelajaran kita.

pss: Buat yang bakal menduduki peperiksaan-peperiksaan ini, sama ada tahun ini atau tahun-tahun akan datang.....

photo credit:  http://www.desicomments.com/desi/good-luck/page/5/ 

No comments:

Post a Comment