Wednesday, 27 February 2013

[Nottingham Berselawat 1]

Last two weeks.. [15/16 of February 2013]

Alhamdulillah I got a chance to join a program with the presence of Ustaz Don, Izzat Mahadi, Dato' Dr Afifi Al-Akiti and ODC.
This program was held for our Prophet's birthday - (12 Rabiul Awal)

Ustaz Don + Dato' Dr Afifi + MC

*NB: I just knew that Dato' Dr Afifi is the first Malays lecturer at University of Oxford. WOW!! This is so WOW!
**Betapa tak berpengatahuannya saya terhadap info yang hebat sebegini. Haih. Lost gila rasa!

Ustaz Don + Izzat Mahadi + ODC





Ustaz Don bercerita
ps: Saya dan rakan duduk di barisan wanita paling hadapan. hee. Alhamdulillah. Memang itu sebenarnya antara harapan bila mari majlis-majlis macam ni.
ps2: Abaikan kepala-kepala di hadapan itu. erk!


Some points that I would like to share are:

(1)- Ustaz ada bagi satu kisah: Kisah seorang budak, bermimpi yang mana ketika saat kematian ayahnya, dia nampak muka ayahnya bertukar menjadi hitam (Ustaz Don tidak menyatakan sebabnya). Jadi budak itu pun menangis. Tiba-tiba, dia ternampak ada seorang lelaki berjubah dan berserban putih datang. Baginda itu lah Nabi kita, Muhammad SAW. Baginda datang memberi syafaat kepada ayah itu. Serta merta bertukar wajah itu menjadi putih. Subhanallah. Kenapa baginda datang memebri syafaat? Kata Ustaz Don, sebab ayah budak tadi, selalu berselawat kepada baginda SAW.
*Let's stop for a while.. and....  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

(2)- Kita berselawat ke atas Nabi SAW, ALLAH akan berselawat kepada kita sebanyak 10x. Selawat di sini bukan lah bermaksud yang sama seperti selawat kita pada Penghulu kita, Nabi SAW. Tapi, selawat dari ALLAH adalah pengampunan kepada hamba-hambaNYA. MasyaALLAH. Tengok, senang kan nak dapat pengampunan. Satu selawat = 10 pengampunan. Kalau dua selawat = 20 pengampunan. Kalau 30? 50? 100? 1000? WOW!

(3)- Baitul Maqdis-->> Merupakan bumi yang paling banyak dijejaki oleh Para Anbiya'. Sebab tu, bak kata Ustaz Don, orang-orang di sana (Baitul Maqdis yakni lah Palestine), sangat gembira dan bangga akan tempat mereka. Dan sebab itu jugak mereka takmau keluar dari bumi itu.

(4)- 'Sesungguhnya bagi setiap orang ada malaikat peronda'. Dalam Surah Fatir, ayat 1, diceritakan mengenai malaikat + tanggungjawabnya. Ada lagi kisah penceritaan malaikat dalam lain-lain Surah, seperti Surah Isra' (bercerita menegnai Isra' Mikraj),  dalam Surah Najmi (maaf tak sempat catch up ayat berapa. Mungkin lepas ni boleh cari)

(5)- Banyak amalan-amalan kebajikan/sunnah2 Rasulullah yang kita boleh amalkan. Ustaz Don cakap, 'kalau kita dapat buat 1/10 pun secara berterusan, Kira okey dah. Daripada kita berkejar-kejar nak cover 10/10, tapi akhirnya  it lasts temporarily. (*Hangat-hangat tahi ayam org kata kan?)

(6)- Sesiapa yang dalam majlis ilmu, ALLAH akan kurniakan rahmat, kasih sayang dan pengampunan. Sesiapa dalam majlis ilmu tak akan dipersia-siakan. Sesiapa dalam majlis ilmu, malaikat akan berdoa untuknya. WALAUPUN
-manusia itu tidak biasa hadirkan majlis ilmu (and that majlis ilmu is his@her first time),
- manusia itu banyak dosa,
- manusia tu datang untuk menunjuk2.
Hebat kan rahmat ALLAH? (=


*Ada lagi mesej yang nak disampaikan. Mungkin di lain entry. InsyaALLAH.. (:

No comments:

Post a Comment