Wednesday, 27 February 2013

[saya catat apa yang saya fikir]


NOTE-TO-SELF 

[credit]



1.sampai kmati pun, kita tak dapat puaskan hati semua org
2. kita tak boleh dpt smua bnda yg diminta, sbb kita hanya diberi apa yg diperlu
3. kita perlu tahu bukan semua orang mempunyai pemikiran yg sama dgn kita
4. dalam masa yg sama, kita perlu sedar bahawa, bukan semua pandangan kita diterima oleh semua org
5. sampai ke akhir hayat pn, kita tak dapat 100% meniru org, dan org pn xdpt 100% meniru kita 
6. jgn sesekali mengharap org membalas budi baik kita. check/audit balik keikhlasan kita dlm membuat kerja itu.
7. look at the process, not the product.
8. jangan buat kerja utk menunjuk-nunjuk. sbb nanti kita rasa x puas. sebabnya? kita tengah kalut utk puaskan hati org, smpai terlupa hak utk diri sendiri
9. jangan bagi benda yg kita tak suka pada org..kesian kot.. kalau nak bagi hadiah/sedekah, bagi sesuatu yang kita juga suka
10. janagn cepat membenci org hanya disebabkan SATU kesalahan yg mereka lakukan. Cuba tengok balik kabaikan-kebaikan yg depa dah buat
11. Senangkan diri untuk meminta maaf dan memaafkan orang. InsyaAllah hati sentiasa tenang.
12.  Kita hidup tak lama dalam dunia. Kita tak tahu bila hidup kita akan berakhir. Selalu minta diakhirkan dengan kematian yang baik (husnul khatimah).
13. Banyakkan belajar daripada alam
14. Banyakkan berfikir sebelum bertindak.
15. sentiasa bersyukur atas nikmat yang dipinjamkan
16. Sentiasa meletakkan diri dalam situasi seseorang. Wujudkan rasa empathy
17. Reflect on your actions everyday. *muhasabah*
18. tak pernah ada istilah 'terlambat' utk berubah
19. ini dapat dari post ustazah Fatimah syarha: “Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa-apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa membenarkanmu.” (Hadis hasan riwayat Ahmad dan Ad-Darimi).
21. dalam kita memafkan kesalahan org, kita juga perlu memberi ruang dan peluang utk diri sendiri membaiki kesilapan. learning from the mistakes is really the best learning ever.
22. mengaku kekurangan diri. sebab benda itu adalah fakta. semua org diberi kelebihan dan kekurangan masing2. mungkin ada kelebihan kita yang boleh mencukupkan kekurangan org lain..dan sebaliknya
23. build the interest when doing your work and we will not find it as a burden
24. kita belajar dari diri sendiri dan juga daripada orang lain
25. kdg2 dlm hidup ni, kita tak perlu berkira sgt. Contohnya dalam membeli £1/£2 roti/cekelat kpd member. Bagi ja. Tak payah nak berkira sangat. Manat tau, itu boleh jadi saham kita untuk akhirat nanti? Dan boleh jadi jugak, rezeki yang kita dapat tu, bukanlah 100% hak kita. niat sedekah ja. (:
26. Mintak doa supaya diberi keberkatan ilmu dan waktu. Ilmu + Waktu



1 comment:

  1. Oh oh! Banyak yg menusuk qalbu!:) Apapun, thanks for the sharing!

    ps: ada buat post pasai makan meggi, pastu delete kan? hmmm

    ReplyDelete