Saturday, 30 March 2013

[Daurah Baitul Muslim 1]

Alhamdulillah. Plan untuk join Daurah Baitul Muslim (DBM) di Warwick hari tu telah  dilaksanakan dengan jayanya. Dan harapan untuk kongsi kan ilmu di blog ni, harapnya dipermudahkan.

ps: Insya Allah perkongsian akan dibuat secara bersiri. (=



[ini Abg Joe = penyampai ceramah] (=


Baitul Muslim : Rumah Tangga seorang Muslim


Permulaan majlis dengan Surah an-Nisaa [ayat 1-13]. Ayat-ayat ini sebagai guideline untuk pembinaan rumah tangga. 

Bercakap mengenai perkahwinan, Abg Joe sentuh sedikit tentang kematian. Dimana kematian ini merupakan process yang kita tak dapat lari. Dan kita tahu, tiga perkara yang tinggal selepas kita meninggal dunia adalah ;- ilmu yang diguna kan, doa anak2 soleh dan sedekah. So, salah satu perkara yang tinggal - anak2 yang soleh, nak dapat anak2 yang soleh tu, bermula dengan perkahwinan yang diredhai.

Cinta/kasih saying/harta benda/ilmu semuanya adalah milik ALLAH. Yang suruh kahwin, yang bagi perasaan kita pada pasangan adalah DIA. Perlu fahamkan konsep meletakkan sepenuh harapan pada ALLAH.
Apa-apapun yang kita buat dalam dunia ni, belajar ke kahwin ke, apa2 ja, perlu berlandaskan niat. Syarat amal ada dua – (Niat; Lillahitaala & Mengikut Syarak).

Kalau nak jadi ahli Syurga, kena faham konsep Islam. Agama dibina atas dasar ilmu + tahu. Jangan tergesa-gesa dalam bertindak.
Kenapa ALLAH jadikan org yg bukan Mahram- (hubungannya) adalah tidak halal? Allah menutup nafsu kita dengan yang mahram. Tapi, Allah dah buka jalan untuk kita mendapatkan sesuatu dengan cara yang halal-yaknilah melalui perkahwinan.

Soalan permulaan:
1) Apa yang anda faham tentang nikah?
2) Kenapa anda ingin menikah?
3) Siapa yang suruh anda menikah?
4) Kenapa anda belum nikah?
4) Apakah ciri yang menjadi keutamaan anda dalam mencari calon?
5) Apa yang anda faham tentang kebahagiaan?



Antara jawapan yang audience bagi untuk soalan ciri2 tu adalah yang beragama. Akh Joe Tanya, kenapa nak yang beragama? Jadi, saya jawab, sebab agama tu is the basic in life. Islam sebagai agama fitrah. Yes, memang kita nak orang yang agamanya baik.Namun, adakah diri kita mempunyai ciri-ciri seperti yang kita harapkan tu? Kalau lah kita mintak untuk dapat yang sebegitu, tapi diri sendiri tak seberapa (atau x berusaha ke arah kebaikan), kita sebenarnya dah menzalimi pasangan kita. 

Untuk soalan ni jugak, saya randomly dah tnya beberapa kwn saya. And antara jawapan yg diberikan ialah

Soalan 1 :
  • Pelengkap kebahagiaan.Penyatuan hati.
  • Permulaan hidup yang baru, tanggungjawab yang baru dan bina persefahaman yang baru dengan pasangan. satu cara untuk mengelakkan maksiat antara ajnabi. Penyatuan suci dua jiwa yang berkasih sayang atas izin Allah.
  • ada ijab dan kabul between wali perempuan dan pengantin lelaki yang menghalalkan hubungan pengantin perempuan dan lelaki.  

 Soalan 2:
  • Untuk berdakwah/terus berdakwah/tak nak futur.

  • Dari segi islamnya, tuntutan syariat. personally, fitrah manusia ingin dicintai dan mencintai. bila kita bercinta menurut islam, perkahwinan lebih indah dan sm2 bercinta kerana Allah dpt sm2 bergrk dlm memperjuangkan islam n the feeling when we know someone will be with us for the rest of our life.
  • sunnah Rasulullah, untuk menyambung keturunan nabi
Soalan 3:
  • Allah perintah. No one else
  • tiada siapa yang memaksa. Kalau ada jodoh, ada lah..insyaAllah..serahkan kepada Allah, kerana hanya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya
  • tuntutan agama, fmly dan diri.
Soalan 4:
  • Mak tak bagi kebenaran. Saya x berani isi borang BM
  • sedang mencari. yakinlah dan jangan putus asa mencari. jodoh telah ditetapkan.
  • masih tiada pilihan

Soalan 5:

  • Yang beriman. tak halang saya utk menuntut ilmu, yang ajak saya berjuang ke jalan sana
  • Islam dan iman. mampu menjadi imam dalam solat dan ketua keluarga yang baik. menerima diri saya seadanya


Soalan 6:
  • Capai mardhatillah
  • bahagia milik Allah. nak bahagia mstilah kna cri keredhaan Allah.
  • persefahaman, kejujuran dan bertanggungjawab. berkongsi suka duka bersama, dan sentiasa meletakkan redha Allah sebagai yang utama dalam berkasih sayang

'Hajat yang paling besar yang perlu kita ada adalah untuk buat benda yang ALLAH suka'

‘Siapa-siapa yang kahwin sebab tengok orang lain dah kahwin (e.g kawan), maksudnya dia belum bersedia untuk berkahwin’



..... to be continued...

No comments:

Post a Comment