Saturday, 16 March 2013

[Nottingham Berselawat 2]

Kisah Nabi kita, Muhammad SAW.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW meupakan anugerah terbesar Allah kepada kita semua.
Nabi SAW seorang yang bercahaya. Dipenuhi Nur.
Diceritakan dalam kisah Saydatina Aisyah mencari jarum.

Suatu Hari, Aisyah r.a. berada dalam rumah. Tengah mencari jarum. Sewaktu itu, Nabi Muhammad SAW tiada di rumah. Cari punya cari, tak jumpak. Tapi, selepas beberapa ketika, Nabi SAW pulang ke rumah, melangkah masuk, terus, terjumpak jarum yang halus itu. (=


Nabi SAW tiada bayang-bayang. Kata Ustaz Don, Nabi SAW mempunyai badan yang bercahaya. Mana mungkin cahaya dan cahaya menimbulkan bayang-bayang.
Bayang-bayang adalah symbolic pada kegelapan. Nabi bukan pembawa kegelapan.


Sayidina Abu Bakr r.a pernah membandingkan keindahan bulan dan keindahan Nabi SAW. Ternyata, Nabi kita jauh lebih indah berbanding bulan (:

Semasa kisah hijrah, Nabi dan Abu Bakar menuju ke Gua Tsur. Mereka berjalan pada waktu malam. Lampu tak dibawa, untuk mengelakkan musuh. Tapi, macam mana mereka sampai ke destinasi? Sebabnya, cahaya yang ada pada Nabi Muhammad SAW dapat menerangi jalan mereka. Dalam semasa berjalan, Abu Bakar r.a nampak yang kaki Nabi SAW berdarah. Terus, beliau menggalas Baginda SAW naik ke atas Jabar Tsur. *Cuba tengok, betapa kasih nya sahabat pada baginda* 

Ustaz Don cerita, beliau pernak nak cuba naik ke Jabar Tsur, So beliau pun galas bag pack. Tapi bag pack tu hanya lah 1 kg ++. hehehe

Kisah Nabi Muhammad SAW yang ingat akan ummatnya. Bagi saya, kisah ini lain sikit dari yang biasa saya dengar. Yang biasa saya dengar ialah ketika wafat baginda SAW, Baginda menyebut 'ummati, ummati, ummati'. Tapi kisah ini lain sedikit. Dari riwayat Jabir. r.a, (saya akan gunakan ayat sendiri, supaya mudah untuk menyampaikan)

Suatu hari, Nabi SAW mahu qada' hajat. Waktu itu di tengah padang pasir, tiada tempat yang sesuai untuk qada' hajat. Jabir r.a ada di ketika itu, dan dia nampak yang Nabi SAW pergi ke suatu kawasan di padang pasir, dan dia tahu yang Baginda SAW akan qada' hajat, sebab baginda pergi jauh - perasan malu baginda-
Agak-agak, Baginda tahu tak yang Jabir ikut dari belakang? Jawapan: Baginda tahu, dan ada hadith yang berbunyi lebih kurang macam ni:

'Luruskan saf, Kerana aku tahu apa yang dibelakang aku, sama seperti yang apa yang aku nampak dihadapan aku' --< Baginda akan cakap macam ni setiap kali sebelum memulakan solat. 

Semasa baginda dalam perjalanan ke tempat itu, sempat Jabir r.a nampak yang ada ranting pokok, mengikut baginda. Ustaz Don sifatkan 'pokok tu macam kenai Nabi SAW bagaikan ibu mengenal anaknya, malah lebih lagi daripada itu'. Dari satu ranting pokok tadi, bercambah dua, tiga dan beberapa pokok lagi, sebagai penutup untuk baginda qada' hajat. Lepas tu, dengan izin ALLAH, bila Jabir r.a tengok balik tempat tadi, keadaan menjadi seperti biasa. Pokok tadi kembali ke tempat asal. Then, Nabi SAW arahkan Jabir untuk pergi ambil dua ranting, dan pacakkan di kanan dan kiri, di tempat yang baginda tunjukkan. Terus Jabir pergi ambil ranting dan berbuat demikian, tanpa banyak soal. Kenapa Nabi suruh beliau buat begitu? Sebab kata Nabi SAW, tempat itu tadi merupakan kubur umatnya, semoga dengan terpacaknya ranting itu, dapat membasahkan tanah, justeru dapat tolong mayat itu.

Dalam peristiwa Isra' Mikraj, Baginda SAW sujud meminta kepada ALLAH untuk menghisab amal ummatnya dahulu, berbandaing dengan ummat Nabi-nabi yang sebelumnya. Dan ALLAH perkenankan doa itu. Persoalan refleksi untuk diri dan kawan2: Bersediakah kita untuk dihisab? *gulp*


Apa yang dapat disimpulkan ialah: Nabi SAW ingat akan ummatnya, justeru selepas keluar toilet. Nak dikatakan, kemungkinan besar, dalam kehidupan seharian, banyak masa baginda digunakan untuk memikirkan ummatnya. Ya AllahuAkbar! Tapi kita, berapa kali ja ingat baginda? Adakah time Maulidur Rasul saja? Jom Audit diri [okay. ini tagline Dr. Muhaya]



[terlupa nak mintak Ustaz doakan kami] ;(





No comments:

Post a Comment