Sunday, 7 April 2013

[Daurah Baitul Muslim 3]

Komunikasi dan interaksi

Komunikasi adalah perkara yang membuatkan kita mempunyai perasaan cinta. Kalau kita lihat sekarang, dalam dunia yang serba moden, macam-macam alat boleh digunakan untuk kita berkomunikasi. Antaranya,


                                         

[pictures taken from Google Image. Thank you Google! :D] 


Jadi, Abg Joe nasihatkan, supaya kita berhati-hati dalam komunikasi yang berlaku antara kita dengan jantina yang berlainan. Mungkin kita perlu lebih tegas dalam komunikasi. Contohnya: kalau ada apa2 yang terdesak/penting sgt2, barulah kita contact.

Jgn cabar perasaan cinta yang lahir daripada komunikasi. Rather, cuba kawal perasaan itu. 

Cinta itu mahal. Jadi, kita bagilah pada yang hak.

Ada sesetengah org berpendapat bahawa, couple itu perlu untuk kita kenal-kenal, sebelum bernikah. Istilahnya 'tak kenal, maka tak cinta'. Istilah ni memang betul, tapi dalam ini bukan lah syarat utama. 

Ada yang cakap, kita boleh kenal lepas nikah. Namun, satu fakta yang perlu kita tahu ialah, lepas kahwin pun, bukanlah kita 100% kenal akan pasangan kita tu. Kenal sahaja, tak cukup.

Keywords yang Abg Joe stress kan di sini ialah : istikharah + doa

Even selepas kita kahwin pun, dua keywords ni perlu sentiasa diamalkan.

Talking about communication with people, cuba kita check balik communication kita dengan Pencipta kita - ALLAH SWT.

Bagaimana mahu mencintai ALLAH?

1) Hayati Ayat al-Quran
2) Hayati Nature (alam)

Halawatul Iman :wajib mencintai  ALLAH & Rasulullah melebihi cinta pada yang lain-lain.

Ikhtilat

Nama-nama lain ikhtilat = Ikhtilatha - yakhthalithu - ikhtilathan

Perkataan berasal dari Arab, maksudnya : bercampur/berbaur

Maksud dari segi istilah: bercampur antara lelaki & perempuan yang bukan mahram.

Hukumnya? Secara umunya, hukumya HARAM, tapi menjadi HARUS dalam keadaan tertentu.

Keadaan yang diharuskan:
  1. terpaksa
  2. keperluan hajat
  • urusan jual beli
  • kerja kehakiman
  • menjadi saksi
  • amar makruf nahi mungkar
  • melayan tetamu
  • memuliakan tetamu jika perlu makan bersama
  • dalam kenderaan awam
  • kerja jihad. Cth: jadi nurse
  • mendengar nasihat/belajar
  • suasana yang menjadi adat kebiasaan
AMARAN: Jangan SENGAJA mencipta keadaan di atas.

Ada satu slot dalam blog Ustazah Fatimah Syarha yang menarik untuk dibaca :
http://sebarkanbahagia.blogspot.co.uk/2011/09/islam-mempersempitkan-yang-haram-dan.html





      ..... to be continued.....










No comments:

Post a Comment