Sunday, 7 April 2013

[Daurah Baitul Muslim 4]

Apa itu cinta? Bagaimana cinta tersemai?

Sakinah : ketenangan
Mahabbatullah : Cinta pada ALLAH
Mawaddah Warahmah: Cinta


Sebelum Mahabbatullah, kena ma’rifatullah (kenal dulu, baru cinta). Then, mai’yatullah (sorry- not sure  the spelling), yaknilah sedar akan kewujudan/ sentiasa sedar yang ALLAH pandang kita. Bila kita sedar, kita akan sentiasa present the BEST. 

Dinyatakan dalam al-Quran, mengenai tujuan perkahwina-->>

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran) -Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung untuk merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berfikir" [Ar Rum:21]

Jelas di sini, bahawa perkahwinan bukan sekada untuk seronok-seronok, malah perkahwinan menjadi alat untuk kita merasa bahagia, merasa ketenganan dalam kehidupan.

ALLAH menyediakan alat ini kepada kita dalam membantu untuk kita merasai nikmat kehidupan.


Cinta-->> Tak boleh dilihat. Tapi boleh dirasa. 


Di Mana Letaknya Kebahagiaan?

Berkata Abu Sulaiman,

"Ahli bangun waktu malam itu, di waktu malamnya dapat merasakan lebih lazat daripada ali suka ria dengan segala macam kesukariaannya"


Dari Ibnu Munkadir,

Kelazatan dunia yang kekal dan tetap adalah: -
  1. waktu bangun solat malam
  2. waktu bertemu rakan-rakan seperjuangan
  3. waktu solat berjemaah
Satu isu yang diketengahkan di sini adalah kita telah meletakkan satu berhala yang diberi nama material.

Adakah material/harta benda/ wang ringgit yang kita ada di dunia ini sebagai penentu kebahagiaan?

Cuba kita lihat keadaan majlis perkahwinan sekarang, yang serba mewah. Ramai manusia sekarang terlalu mengejar majlis untuk menunjuk2 pada orang ramai. Sanggup habiskan duit untuk sewa pelamin/baju pengantin yang ribuan harganya (untuk diguna dalam sehari sahaja?). =.='

Ada juga kes ibu bapa yang sanggup biarkan anak-anak bergelumang dengan maksiat (e.g: pegang-pegang tangan, keluar berdua-duaan etc), daripada menyuruh mereka berkahwin. Atas sebab nak suruh mereka habiskan pengajian dan dapat kerja dulu, before kahwin. Dalam keadaan begini, perkahwinan (kalau mengikut syarat-syarat wajib) yang sebenarnya mudah dan senang, telah disukarkan.

Jangan sesekali mengadu hal rumah tangga pada orang luar. Pada hakim, dibolehkan.

Halaqah keluarga : medium pendidikan

PS: Hidup perlu dinikmati dan dimiliki


Orang Mukmin : ALLAH beli harta dan jiwa mereka dengan Syurga.


.....to be continued...



No comments:

Post a Comment