Thursday, 11 April 2013

[ikhtilat]



Dari Abg Joe....

 Menyambung sedikit terkait perbincangan yang telah di buat semasa DBM. (Boleh rujuk nota yang di lampirkan untuk lebih terarah).
 Cuma, hajat untuk menyentuh terkait isu ini dalam praktikal kita di UK misalnya.
Terkait dengan apa-apa hukum dalam Islam, secara umum ia terbahagi kepada 5 jenis (Haram - Halal - Harus - Makruh dan Sunnah). Hukum asas ini terpakai dalam kehidupan secara sempurna. Yakni, mesti jatuh perbuatan/percakapan/pergerakkan kita dlm 5 jenis hukum ini.
Berbalik kepada ikhtilat - di UK khususnya terkait menaiki kenderaan - hukum di 'harus' kan adalah bagi situasi menaiki kenderaan awam sahaja. Harus tidak boleh digunakan untuk menaiki kenderaan peribadi yang bercampur di antara lelaki & wanita ajnabi kecuali dalam hal-hal yang dharuri seperti waktu yang terlalu pendek dan takut ketinggalan flight, apa2 nilai kecemasan, dll.
Oleh itu, waqie (suasana) di UK khasnya, secara umum kita menyedari bahawa tidak ada masalah besar untuk menggunakan kenderaan awam (bas, train, teksi, dll) kerana ianya efesien, profesional, tepat masa, dan murah serta selamat.
Sikap untuk 'bermudah' dengan apa-apa alasan yang mengharuskan ikhtilat adalah tidak di benarkan dari aspek hukum dan ianya di lihat seolah-olah 'mengambil kesempatan' atau 'mencipta kesempatan' sahaja. Dan ini tidak diperbolehkan sama sekali dari sisi agama.
Mulai hari ini, adalah amat baik untuk sama-sama kita fahami supaya tindakan kita lebih di sukai Allah swt dan patuh syariat walaupun agak susah dan leceh di mata kita. Walaupun ianya berniat baik supaya memudahkan terutama dalam program2 yang baik atau urusan2 dakwah misalnya.
Secara peribadi, saya selalu aje melihat sekumpulan akhwat yang penuh ketenangan/bahagia dan redha membeli tiket bas dan pergi ke airport sehari lebih awal untuk mengambil junior di airport misalnya, atau dengan penuh relax ke sana ke mari utk apa2 program di UK ini menggunakan perkhidmatan awam tanpa melibatkan sesuatu yang melanggar ikhtilat. Serius kagum! Dan setakat ini, insyaAllah mereka tiada masalah apa-apa dengan tindakan mereka itu dan ikhwah pun tidak pernah rasa bermasalah untuk memikirkan bagaimana mereka sampai dan balik dari destinasi kecuali jika tempat yg di tuju itu pendalaman yang tiada langsung public transport.
Itu shj dari saya kali ini dan mohon maaf jika tidak sampai maksud... sekadar menguraikan lagi terkait isu ikhtilat sebab ada di bincangkan dalam DBM baru-baru ini.

 Wallahu'alam


[credit]

#Tanya balik hati kita. Apakah pergaulan antara lelaki dan perempuan yang kita lalui sekarang ini dijaga dengan elok? *gulp*
#Mari tegas dengan manusia yang berlainan jantina dengan kita

No comments:

Post a Comment