Tuesday, 22 October 2013

[Travelog ke Terengganu 1]

Musafir mencari ilmu


Pada 20 September 2013 yang lepas, saya dan seorang rakan telah berjaya menyelesaikan satu 'unplanned' misi kami ke Kuala Terengganu. Perjalanan bermula kurang lebih pada pukul 8.00 a.m dan mengambil masa selama 2 jam 30 minit untuk sampai ke destinasi. Disebabkan this is an 'unplanned' plan, dengan bantuan Uncle Navi.maka kami main hentam sajalah! dengan bantuan uncle navi. eheh! Kami bertolak pada pukul 0752 (waktu tempatan) dari rumah di Taman Kurnia Jaya. 


Ini adalah antara bekalan makanan yang kami shopped a night before the journey.
[Tapi x makan semua pun, bila dah balik baru makan] lol
ni semua nafsun nafsin


Ini partner a.k.a dreba perjalanan. Kueh-mueh sebagai alat sarapan.Aha! Kueh mueh ni dibeli di Lang Buana. Harganya yang murah. Hanya RM 1 untuk empat biji u ols! Yang menjadi feveret : sardine pusing. walaweh! sedap!


Sepanjang perjalanan  (tak masuk Terengganu lagi,. banyak hutan, gunung-ganang dan rumah-rumah dan kedai. Alhamdulillah, sejuk ja tengok alam. Memang patutlah ALLAH arahkan kita untuk mengelilingi alam ini. Dan berfikir mengenai kebesarannya. 




 Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.
Surah Al Mulk (67: 15)


Setibanya kami di Terengganu, terasa begitu 'wow' melihat pemandangan jalan raya yang memang bersih. Kami meninjau sekeliling, mula-mula masuk ke kawasan Besut dan Jerteh. Kawasan perkampungan yang aman dan tenteram. Mungkin disebabkan hari itu adalah hari Jumaat, tak banyak kedai yang buka. Even orang pun tak begitu ramai membanjiri jalan-jalan. Dalam hati, 'alhamdulillah, orang x ramai, xdalah nak jem ka sekaya ka'. LOL. Kami masuk ke bandar Terengganu dalam pukul 10.30 a.m. Alhamdulillah semuanya okay. 

Yang best kat sini jugak, banyak masjid yang cantik. Subhanallah!



[Masjid Ulul Albab]

[Ini masjid yang tak dapat diingat namanya. sobs!]



**Yang bestnya, aku x tidoq semata-ata nak teman dreba. Ya lah kan, mana aci kalau aku tidoq. walhal, destinasi kami sama. eheh. So, pelbagai benda aku buat demi tak bagi kami dua mengantuk. Bab lagu, takyah habaq lah, selagi ada suara, selagi tulah aku bantai menyanyi. 
**Yang tak dicatat: Sebelum masuk ke Terengganu tu, kami ada 'explore' satu tempat. Tempat tu dikira sebagai penghujung Kelantan, on the way nak masuk ke Ganu. Explore punya explore, sampai dua round jugak lah kami ronda. Aha! (if u know what 'explore' means here) XX

Antara ilmu yang diperoleh ialah:

1) Melihat pemandangan alam dapat menenangkan jiwa
2) Sentiasa positive and supportive untuk diri sendiri dan juga kawan
3) Dalam menghadapi sesuatu keadaan yang di luar jangkaan, sentiasa percaya bahawa pasti akan ada jalan penyelesaian. Bergantung pada diri sendiri dalam menghadapinya. Dan percaya bahawa ALLAH itu sentiasa bersama hamba-hambaNya. 

No comments:

Post a Comment