Sunday, 10 November 2013

[ Travelog ke Terengganu 4 ]

Hebat perancangan Allah.


So, sekarang nak cerita sedikit mengenai unplanned thing ni. Okay. Selepas kami habis pusing di Taman Tamadun Islam, kami gerak ke rumah seorang junior, namanya Kauthar di area Kampung Ketam apa ntah lupa dah.. huhu.. So, dapat makan nasik dagang di situ. However, hanya secipu ja yang dapat masuk dalam mulut aku, Sebab perut tak beberapa molek at that time. Kami x bercadang nak stay kat rumah dia or any other rumah pun sepanjang perjalanan ni. Tapi tu lah, Allah dah aturkan perjalanan kami ni. Kami pun bermalam lah di rumah kawanku yang lagi seorang ni. Mula-mula hajatnya nak menziarah la ke rumah dia. Tapi ditakdirkan Tuhan, hujan + kilat pulak malam tu. Atas nasihat maknya yang lebih berpengalaman, kami pun dengan segan silu bahulu pun tidur lah. Dengan syarat, esok pepagi memang kena gerak balik KB dah. krekk.. 


Kami bersama Kauthar
*Maafkan keminyakan muka, biasalah kan seharian berjalan.. eh, berkereta :P*


So, sampailah kami ke rumah dia dalam waktu tu pukul 8.20 pm. (selepas pusing punya pusing tak jumpa jugak, dia mai amek kat stesen minyak). Sesampainya di situ, mak n ayahnya bawak kami keluaq makan. Disebabkan perut yang maha menyakitkan ini, (Rasa macam nak stay dalam toilet ja time ni), aku minta my dreba tulung keluarkan bual bicara. Alhamdulillah, it went well. haha! So, setel suma makan2, balik lah kami dalam keadaan hujan (btw, kami dalam keretalah time tu). Balik2 tu, refresh badan and tidur lah.


Esoknya, pepagi dalam pukul 7am ++ gitu, aku dengan member dah siap nak keluar. Kami pun sua lah muka dan badan keluar pintu bilik. Tapi kosong. Lampu ruang tamu menyala-nyala. Satu laptop terpasang. Err.. *Mana semua orang pigi?* Hantaq mesej kat member, dia x reply. krek krek.. Cemna nak balik, keta kena block. errr.. Tunggu punya tunggu, dalam sejam lepas tu, mak ayah dia balik. Ya, rupanya mereka pulang bersama nasi lemak. So, memang kena breakfast dulu lah sebelum kluaq ni. kihkih. alhamdulillah dapat makan. (:

Tengah-tengah sembang, al-maklumlah mak dia is a teacher, an art teacher while the father is a lecturer. So, memang rancaklah berbual benda-benda perguruan ni. Antara isi kandungan maknya are:

  • Jaga amanah kita sebagai guru. Bekerja setimpal dengan gaji yang kita peroleh. Jangan curi tulang.
  • At the same time, jangan kita fikir pasal gaji ja. Gaji tu memang akan masuk every month. The point to be think of is our quality of work. 
  • Soft skill- How a communication can change your mind. Well I would say that a great teacher is also a great communicator. 
  • Pendidik vs guru. [Guru bukan sekadar mengajar, tapi juga mendidik] - sounds easy but believe me, it's not
  • A teacher should be creative. She did ask us as English teachers, how can we attract the students to love and learn English? [phew! mencabar!]
  • Pentingnya ilmu dalam membezakan darjat seseorang
  • Dalam kita mengejar kejayaan, jangan dilupa kejayaan di akhirat sana.
Begitulah akhirnya conversation kami semua. Pada pukul 1010 am, kami pun gerak lah ke Pantai Batu Burok and last destination-Kampung Hiliran to buy some keropok losong. 




Ini gambar2 di Pantai Batu Burok. Well at least it was still morning so tak adalah panas sangat. So, kami sekejap ja di situ sebab sebenarnya suasana pantai tu sama ja. (well, at least for me)

Dan akhirnya, kami bergerak menuju ke Kampung Hiliran untuk membeli belah keropok losong. Wahhh.. sedap dan murah.. nyummy nyumm!!!





Kami sampai rumah pada pukul 4.25 pm (selepas took a long nap at sebuah masjid on the way ke KB) hihi

So, travelog ke Terengganu berakhir di sini. Alhamdulillah. Hebat perancangan Allah. Kalau ada kesempatan dan rezeki, boleh lah ke Terengganu lagi. Terima kasih kepada semua yang dah terlibat secara langsung dan tidak langsung. 








[Travelog ke Terengganu 3]


Musafir mendekatkan diri dengan Sang Pencipta

Kami meneruskan perjalanan ke Dataran Shahbandar. Tak ada apa sgt. Mungkin the view would be nice at night.




Then we were heading to Pantai Teluk Ketapang. yea. I know it was sunny and hot. Tapi dah alang-alang lalu kan.. hehehe..




Masa kami tiba disini, terdengar orang tengah bagi khutbah sayup-sayup dari masjid nun di sana. Tapi tetiba ternampak lah dua tiga motor yang dibonceng oleh pemuda2 yang datang membeli air dan terus lepakking di area tu. Aku pikir, maybe depa saja mai dengar khutbah kat sini sebab kat masjid sesak. And they'll be there masa khutbah dah habis dan solat lah di sana. Tapi, xda maknanya. Habis khutbah, depa masih melekat di situ. Dan melekat dan melekat sampailah dengar imam bagi salam. Y_Y



Saya kira pada pukul 3.25 pm, merupakan kemuncak perjalanan kami di Kuala Terengganu iaitu Taman Tamadun Islam. Alhamdulillah, we managed to go around this taman even though masa tu terik nya ya Allah.


Jadi, ini adalah phoro grid anatara replika masjid-masjid dari seluruh dunia. (:

Bersama replika masjid Biru

Dalam hati dok berkata-kata, bilalah boleh jejak kaki ke masjid2 sebenar ini?

Indahnya lah Masjid Kristal ni. Tahniah dan syabas kepada warga Terengganu. 



Saturday, 9 November 2013

[great brother and senior]

This morning, something has come out and my plan to Kota Bharu town changed to the next day insyaAllah.
So, I asked one of my housemates to take our breakfast somewhere near Kedai Merah (the kedai we used to eat most everyday dulu2). So both of us planned to have roti canai there and alhamdulillah, it's our rezeki.

And suddenly, my eyes terpandang someone who I knew last three years. He was the one that helped us for our Dikir Barat performance in Sarawak (three years ago). Okay, back to the story. We had a chat with him and there were really a lot of stories that we discussed.

His very first question was: 'menyesal tak ambik course perguruan ni?'

Then I replied, 'there's no use of being regretful. Tinggal lagi satu sem ja kat sini

Then I asked him: 'Awat? Menyesal ka?'

Sejak dua tahun ni rasa menyesal jugak.

Is it because of the system?

Yeap.

Tu la.. Selalu dengaq orang complain jah. Is there nothing positive about it?

There are positive things. To the students. For the teachers, totally nope.

Okay. Perbualan terhenti sebentar. Then he continued.

Orang yang mengelola sistem ni bukanlah dari background perguruan. 

Then kitorang cerita pasal benda lain. Salah satu topic yang tak boleh lari adalah 'kahwin'. When I said someone from our class will be getting married tomorrow. Mukanya shocked gila!
I asked why then he said that suddenly he remembered when he was in our age and shared his love story.. hehehe (;

By the way, he came here (Pengkalan Chepa) to have a course in JPN, but when he arrived there at 8, no body is there and suddenly My Azizi said that the program will be held here. Phew!

Then I asked lah, 'nanty kalau kami jadi cikgu, adakah akan merasai suasana macam ni jugak?

With a smile, he said 'kalau kita nak buat baik, ajak orang. Kalau nak buat jahat, buat diam2' *teheee.. paham2*

Suddenly ada dua orang budak berpakaian sekolah lalu on the other side of road. This great man asked us, 'apa cikgu disiplin boleh buat kalau dapat budak macam ni?'

Then I tried to be husnudzon with the students. Saying that they might be having meeting or discussion since they are in the evening session class. erk!

Well, Pokwe was and is a disciplinary teacher at his school. Listening to his story about the discipline case in his schools made us disbelieved that that was the students who did that. Y_Y
Then I asked lah how did he deal with all this problems/challenges. He said,

a teacher should never lose to his/her students. It's good that we admit our mistakes but we should be better and greater than them. That's how we teach them. 


I believe he will be a great teacher one day (:


[Sehingga Para pemuda Mengerti 3 ]

Soalan 1: Bolehkah kita membuat kerja sambil mendengar ceramah?


Jawapan: Tiada masalah. Kerana itu semua adalah ilmu. Namun, kita kena mendapatkan kepastian sebelum menyebarkan apa yang didengar. Sebabnya, boleh jadi bilamana kita tidak fokus pada ceramah itu, akan jadi salah faham. Maka hati-hati

Soalan 2: Tanggungjawab guru dalam membentuk pemuda-pemuda zaman sekarang?

Jawapan: Antara punca yang meneybabkan guru hilang kualitinya adalah kerana begitu sibuk untuk menghabiskan syllabus subjek. Tanggungjawab guru yang sebenar adalah sebagai 'murabbi' iaitu bukan sekadar mengajar, malah mendidik. 

Soalan 3: Apakah maksud syabab?

Jawapan: Semangat orang muda. Para pemuda yang matang pada usia yang muda. Semangat orang muda ini perlu disatukan dengan hikmah-hikmah orang lama. Orang-orang lama yang telah mempraktikkan amalan (bukan hanya berkata-kata sahaja)

Kesimpulan


Dari Imam Muda Asyraf: Dalam kehidupan kita ini, cuba kita cari 'celah' mana yang kita boleh sumbangkan dalam agama. Kutip banyak pengalaman dalam perjalanan hidup kita ini. Ingatlah, ilmu tidak boleh dipelajari oleh orang yang sombong. Dalam al-Quran, kita juga diingatkan bahawa Allah melaknat iblis kerana kesombongannya. Jadi sentiasa merendah diri kerana apa-apa yang kita miliki sebenarnya bukanlah hak milik kekal. 


Dari Dr Maza: Tempoh hidup yang singkat ini jangan disia-siakan. Perjalanan kehidupan sepatutnya menjadikan kita lebih matang, insaf dan rasa rendah diri untuk menuju Allah Yang Esa. Sentiasalah bersandarkan kepada Allah dan meminta pertolongan-Nya.


Diharapkan perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat. (: Maaf salah silap. 

[Sehingga Para Pemuda Mengerti 2 ]

-Melihat kepada perbezaan zaman dan suasana, kita boleh llihat betapa besarnya cabaran yang dihadapi para pemuda zaman ini. Berbanding dengan zaman dahulu- dimana Islam dijadikan sebagai agama resmi iaitu dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Islam pada zaman sekarang tidak lagi dijadikan sebagai ad-deen cara hidup manusia bilamana kita telah dipengaruhi pengaruh-pengaruh luar.



Soalannya : Apakah bentuk-bentuk cabaran yang dihadapi pemuda pada zaman sekarang? Dan apakah langkah untuk mengatasinya?

Dr Maza : Kadang-kadang kita tak boleh bezakan antara fakta dan emosi. Contohnya, bab tudung. Ada yang mengatakan kalau tudung bulat (baca: tudung labuh), dia ni jenis yang alim. Kalau tudung segi tiga (baca: tudung bawal dan seumpamanya) maka kurang lah alimnya. Jelas Dr Maza, Islam tidak pernah melabel seseorang macam ni. Asalkan cara pemakaian tudung itu menepati syarak (menutup dadatidak jarang dsb), itu sudah dikira okay. Kadang-kadang kita 'judge' sesuatu benda tu berdasarkan sentimen manusia. Untuk bercakap mengenai agama, perlu kita jelas mengenai dalil/nas/hukumnya. Walaupun kita ni baik, kita tak masih takdapat menandingi para sahabat baginda SAW. 

Zaman sekarang, ramai yang pandai bercakap. Tapi, berapa banyak ja yang cakapnya ada 'content'? Nak bercakap soal agama ni, tak semestinya ustaz, ustazah dan seumpama sengannya, para doktor/cikgu/polis dsb pun layak bercakap mengenai agama Islam kerana semua orang ada hak dalam agama, bukannya tertakluk pada sesuatu golongan sahaja. Yang perlu kita buat sekarang adalah penghayatan kepada Islam. Yang bagus akademik dan juga mantap agamanya. 

Imam Muda: Kita memerlukan orang yang bijak membuat kerja. Bijak di sini bermaksud berilmu dalam bidang masing-masing. Misalnya, bidang medik, perlulah mempunyai kemahiran dalam bidangnya. (saya sendiri berpendapat bahawa seseorang yang mempunyai kemahiran yang jitu dalam bidangnya telah secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar terhadap agama Islam)

*Mohon maaf sebab tak dapat nak coret panjang-panjang. Disebabkan terlalu leka mendengar Dr Maza n Imam Muda Asyraf bercakap, tangan lupa nak gerak and memory card untuk voice record pun dah out. Y_Y. But worry not, in the next entry, saya akan kongsikan isi kandungan semasa sesi soal jawab.

[Sehingga para pemuda mengerti 1 ]

Salam wbt. Tanggal 5 October nan lalu, saya dan seorang rakan berpeluang menghadiri satu majlis di bawah program 'Karnival Kampus USM Kubang Kerian' yang diadakan di USM Kubang Kerian. Alkisah ter 'join' this program ni sebab ternampak iklan nya di FB. Katanya 'terbuka' pada semua. Makanya, kami berdua pun, ambillah kesempatan ni. Plus, jarak Kubang Kerian dengan Pengkalan Chepa tu dalam 20 - 30 minutes ja (:

Tajuk bicara malam tu adalah 'Sehingga Para Pemuda Mengerti'. Terbaiklah!! Panelist yang dijemput ialah Dr Maza & Imam Muda Asyraf.. Antara yang dapat dikongsi daripada Dr Maza untuk pembukaan majlis ialah :

  • Beliau menjadi Mufti pada umur 35 tahun. Kata beliau, Allah menjadikan umur seseorang bersesuaian dengan sifatnya. Contoh: orang muda yang mempunyai semangat yang kuat/gagah/membuak-buak. Kisah Nabi Ibrahim di dalam al-Quran, di mana zaman mudanya, dengan kekuatan yang diberikan Allah - baginda menghapuskan berhala-berhala. Dr Maza bercerita mengenai tokoh-tokoh pada zaman mudanya seperti Khalifah ar-Rasyidin dan kisah pemuda Kahfi (yang sentiasa memohon petunjuk daripada Allah *rujuk surah Kahfi: ).
  • Keruntuhan dunia Islam bukan sebab pemuda sahaja. Keruntuhannya adalah sebab sistemnya, ulamaknya dan sebagainya yang menyebabkan runtuhnya juga kaum muda. Ada tiga faktor untuk melahirkan tokoh.

(1) Murabbi (teacher) yang bagus 
(2) Manhaj (sukatan)
(3) Bi'ah (suasana yang mendidik manusia)

*Ilmu itu diperoleh dengan belajar. Tapi perlu diambil kira kesantunan/adab kita semasa menuntut ilmu. Nak jadi santun pun kena practice. 


Dari Imam Muda Asyraf:
  • Kata Professor Yusuf al-Qardawi-'jika mahu melihat masa depan negara, lihatlah pemuda-pemuda pada masa kini'
  • Ditanya kepada Sayyidina Umar, apakah yang beliau inginkan dalam kehidupan. Tatkala pemuda-pemuda lain menginginkan kekayaaan dan kemewahan, beliau menjawab, 'aku mahukan sekumpulan pemuda hebat seperti Abu Ubaidah al-Jarrah, Muaz Ibnu Jabar yang dapat membantu aku mendaulatkan agama'
  • Siapa pemuda yang diharapkan? Ada satu ayat al-Quran, Allah berkata, 'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu beriman seperti manusia-manusia yang beriman'. Jadi, siapa mereka ini? Merekalah sahabat-sabat nabi SAW
  • Apabila ditanya bagaimana kita boleh menjadi seperti tokoh-tokoh ini, Imam Muda Asyraf menekankan bahawa perlunya kita menilai semua bahan bacaan yang kita baca. Selain itu, kita juga perlu mengambil pengajaran dari kisah tokoh-tokoh yang hebat. Dan mengikuti cara tokoh yang hebat ini. 
*Orang muda perlu menggunakan masa dengan sepenuhnya. 






Monday, 4 November 2013

[Travelog ke Terengganu 2]

Yang dicari tak dapat,, tapi....

Memang seharian itu kami ambil peluang untuk berjalan-jalan. Pusing-pusing around Kuala Terengganu. So, our first destination was Water front- located near Pasar Payang. It is also in the area of Kampung Cina.



[Ini kami di Waterfront]



[Kampung Cina]

Here, we took our lunch. Well, actually I intended to ave a lunch near this place. *Saja lah nak try makanan best di Ganu, but menurut a friend of mine, hari Jumaat tak banyak kedai yang dibuka* So, kami pun makan bekal yang kami bawak.
Megi goreng + sosej + tomato. Memang sangat mengenyangkan.
*Ceh. Baru tadi kata nak makan kat kedai makan kan? heee... Saja nak try katanya. Tadi kan dah habaq?

Actually we took our lunch first before walking around the Waterfront sebab nak kena isi minyak dulu seblom gerak katanya. So, lepas makan, dlm pukul 1145 am, we went around the waterfont (pedulikkan matahari rembang) heheee.. Truly said, nampak sedikit kotor di kawasan ini. Dari jauh nampak cantik, jalan raya pun cantik, tapi bila datang sini, agak kotor sedikit. Sayang sekali pabila ini tak dipelihara.



Harapan terbesar bila p Teranung ni sebenarnya nak berjumpa dengan penyu. Apakan daya, menurut seorang sahabat, penyu wujud di Rantau Abang which is far away lah jugak from KT. And dia pun ada musim jugak lah untuk naik ke darat. Dan entah masih wujus ke idok sekarang ni. huuu..Tak apa lah. Tak ada rezeki lagi kut. 




Do u know what, there is a valley called 'Turtle Valley' near the Waterfront which usually the Chinese (who wants to go to Kg. Cina) will pass through this valley 

Ps: Betapa teringinnnya hati ni nak tengok penyu secara live, tengok-tengok Allah bagi jumpa replika penyu ni tang sini. Gedabak besaq! xD






Kisah tandas: Selepas selesai tour aroud Waterfront, kami teruskan perjalanan ke next destination *again, kami main redah ja, mana2 yang nampak macam tourist attraction tu kami stop je*
Okay, so time teruskan perjalanan tu, tetiba bladder macam penuh, we made a pit stop kat satu deretan kedai makan. P lah tandas perempuan nya (as shown above). Sebab tak tahan sangat, masuk lah tandas dulu, *selalunya kan orang letak duit dulu, baru masuk toilet kan?* tapi ini kes emergency, masuk lah dlu. Lepas settle suma, ambik lah 30 sen dalam purse and masukkan ke kotak dekat situ. Tteiba baru perasan ada dua budak tengah usha (budak dalam sekolah rendah I guess) Dia pun cakap,

"Orang x letak dah kak duit dalam tu, masuk jah"

Oh yaka? heeuu.. kenapa letak benda ni kat sini?

"Hok lama tu"

Oo okay.

Tak da moral of the story pun cerita. Tapi since ambik gambaq ni, apa lah salahnya masukkan sekali. (:
eh sat. Tandas ni bersih. (:

Okay. nanti akan disambung lagi. Esok exam CS. wowo!!






Sunday, 3 November 2013

Off-class for five days

Two days ago, we were told that we will be having  5 days-off class starting from Friday (I November 2013) until Tuesday. Friday and Saturday are teh weekend. Sunday is an off-day because of Deepavali celebration. Monday is the 'cuti peristiwa' for Kelantan vs Pahang final football match.Tuesday is for Awal Muharam.. So, why waste your time? Aha!! I planned with my housemates to jalan-jalan and do some activities during this holiday. Yelah. Assignment memang ada. Exam pun. Tapi, apa salahnya sambil-sambil tu berjalan (:

#Day 1 -01112013

Day 1 for KB Mall - nothing much. Just found favourite book collection - Hlovate's (:
YAbebabeduuu!!!#Iamsohappy!  And also found cheap hand socks + brooches! Oh ya! Ada jugak pameran pampers + kotex + tissues dan sejenis dengannya. Both of us didn't really spend much time there because we went after Asar. So, dah lewat & balik lah lepas satu round pusing2..

#Day2-02112013

Day 2 for Tok Bali. Tour Beach katanya. Eheh. tengah-tengah hari p ke pantai. Tobat lahum lah hitam! aHa!
So, three of us went there sebab yang lain-lain ada hal masing2. By the way, Happy Diwali to all Indians!! (:

#Day 3-03112011



So, my third day was going to my classmate's house at Kuala Krai for Diwali celebration. A very happy family. And we had a calm and warm welcome (: Thanks Shan and family!! 


Ha! Ni lah hasil study tutorial bawal di youtube. lol!

*Patutnya lain jadinya, belit-belit lain pulak jadinya. Hantamlah