Saturday, 9 November 2013

[Sehingga para pemuda mengerti 1 ]

Salam wbt. Tanggal 5 October nan lalu, saya dan seorang rakan berpeluang menghadiri satu majlis di bawah program 'Karnival Kampus USM Kubang Kerian' yang diadakan di USM Kubang Kerian. Alkisah ter 'join' this program ni sebab ternampak iklan nya di FB. Katanya 'terbuka' pada semua. Makanya, kami berdua pun, ambillah kesempatan ni. Plus, jarak Kubang Kerian dengan Pengkalan Chepa tu dalam 20 - 30 minutes ja (:

Tajuk bicara malam tu adalah 'Sehingga Para Pemuda Mengerti'. Terbaiklah!! Panelist yang dijemput ialah Dr Maza & Imam Muda Asyraf.. Antara yang dapat dikongsi daripada Dr Maza untuk pembukaan majlis ialah :

  • Beliau menjadi Mufti pada umur 35 tahun. Kata beliau, Allah menjadikan umur seseorang bersesuaian dengan sifatnya. Contoh: orang muda yang mempunyai semangat yang kuat/gagah/membuak-buak. Kisah Nabi Ibrahim di dalam al-Quran, di mana zaman mudanya, dengan kekuatan yang diberikan Allah - baginda menghapuskan berhala-berhala. Dr Maza bercerita mengenai tokoh-tokoh pada zaman mudanya seperti Khalifah ar-Rasyidin dan kisah pemuda Kahfi (yang sentiasa memohon petunjuk daripada Allah *rujuk surah Kahfi: ).
  • Keruntuhan dunia Islam bukan sebab pemuda sahaja. Keruntuhannya adalah sebab sistemnya, ulamaknya dan sebagainya yang menyebabkan runtuhnya juga kaum muda. Ada tiga faktor untuk melahirkan tokoh.

(1) Murabbi (teacher) yang bagus 
(2) Manhaj (sukatan)
(3) Bi'ah (suasana yang mendidik manusia)

*Ilmu itu diperoleh dengan belajar. Tapi perlu diambil kira kesantunan/adab kita semasa menuntut ilmu. Nak jadi santun pun kena practice. 


Dari Imam Muda Asyraf:
  • Kata Professor Yusuf al-Qardawi-'jika mahu melihat masa depan negara, lihatlah pemuda-pemuda pada masa kini'
  • Ditanya kepada Sayyidina Umar, apakah yang beliau inginkan dalam kehidupan. Tatkala pemuda-pemuda lain menginginkan kekayaaan dan kemewahan, beliau menjawab, 'aku mahukan sekumpulan pemuda hebat seperti Abu Ubaidah al-Jarrah, Muaz Ibnu Jabar yang dapat membantu aku mendaulatkan agama'
  • Siapa pemuda yang diharapkan? Ada satu ayat al-Quran, Allah berkata, 'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu beriman seperti manusia-manusia yang beriman'. Jadi, siapa mereka ini? Merekalah sahabat-sabat nabi SAW
  • Apabila ditanya bagaimana kita boleh menjadi seperti tokoh-tokoh ini, Imam Muda Asyraf menekankan bahawa perlunya kita menilai semua bahan bacaan yang kita baca. Selain itu, kita juga perlu mengambil pengajaran dari kisah tokoh-tokoh yang hebat. Dan mengikuti cara tokoh yang hebat ini. 
*Orang muda perlu menggunakan masa dengan sepenuhnya. 






No comments:

Post a Comment