Saturday, 9 November 2013

[Sehingga Para Pemuda Mengerti 2 ]

-Melihat kepada perbezaan zaman dan suasana, kita boleh llihat betapa besarnya cabaran yang dihadapi para pemuda zaman ini. Berbanding dengan zaman dahulu- dimana Islam dijadikan sebagai agama resmi iaitu dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Islam pada zaman sekarang tidak lagi dijadikan sebagai ad-deen cara hidup manusia bilamana kita telah dipengaruhi pengaruh-pengaruh luar.



Soalannya : Apakah bentuk-bentuk cabaran yang dihadapi pemuda pada zaman sekarang? Dan apakah langkah untuk mengatasinya?

Dr Maza : Kadang-kadang kita tak boleh bezakan antara fakta dan emosi. Contohnya, bab tudung. Ada yang mengatakan kalau tudung bulat (baca: tudung labuh), dia ni jenis yang alim. Kalau tudung segi tiga (baca: tudung bawal dan seumpamanya) maka kurang lah alimnya. Jelas Dr Maza, Islam tidak pernah melabel seseorang macam ni. Asalkan cara pemakaian tudung itu menepati syarak (menutup dadatidak jarang dsb), itu sudah dikira okay. Kadang-kadang kita 'judge' sesuatu benda tu berdasarkan sentimen manusia. Untuk bercakap mengenai agama, perlu kita jelas mengenai dalil/nas/hukumnya. Walaupun kita ni baik, kita tak masih takdapat menandingi para sahabat baginda SAW. 

Zaman sekarang, ramai yang pandai bercakap. Tapi, berapa banyak ja yang cakapnya ada 'content'? Nak bercakap soal agama ni, tak semestinya ustaz, ustazah dan seumpama sengannya, para doktor/cikgu/polis dsb pun layak bercakap mengenai agama Islam kerana semua orang ada hak dalam agama, bukannya tertakluk pada sesuatu golongan sahaja. Yang perlu kita buat sekarang adalah penghayatan kepada Islam. Yang bagus akademik dan juga mantap agamanya. 

Imam Muda: Kita memerlukan orang yang bijak membuat kerja. Bijak di sini bermaksud berilmu dalam bidang masing-masing. Misalnya, bidang medik, perlulah mempunyai kemahiran dalam bidangnya. (saya sendiri berpendapat bahawa seseorang yang mempunyai kemahiran yang jitu dalam bidangnya telah secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar terhadap agama Islam)

*Mohon maaf sebab tak dapat nak coret panjang-panjang. Disebabkan terlalu leka mendengar Dr Maza n Imam Muda Asyraf bercakap, tangan lupa nak gerak and memory card untuk voice record pun dah out. Y_Y. But worry not, in the next entry, saya akan kongsikan isi kandungan semasa sesi soal jawab.

No comments:

Post a Comment