Saturday, 9 November 2013

[Sehingga Para pemuda Mengerti 3 ]

Soalan 1: Bolehkah kita membuat kerja sambil mendengar ceramah?


Jawapan: Tiada masalah. Kerana itu semua adalah ilmu. Namun, kita kena mendapatkan kepastian sebelum menyebarkan apa yang didengar. Sebabnya, boleh jadi bilamana kita tidak fokus pada ceramah itu, akan jadi salah faham. Maka hati-hati

Soalan 2: Tanggungjawab guru dalam membentuk pemuda-pemuda zaman sekarang?

Jawapan: Antara punca yang meneybabkan guru hilang kualitinya adalah kerana begitu sibuk untuk menghabiskan syllabus subjek. Tanggungjawab guru yang sebenar adalah sebagai 'murabbi' iaitu bukan sekadar mengajar, malah mendidik. 

Soalan 3: Apakah maksud syabab?

Jawapan: Semangat orang muda. Para pemuda yang matang pada usia yang muda. Semangat orang muda ini perlu disatukan dengan hikmah-hikmah orang lama. Orang-orang lama yang telah mempraktikkan amalan (bukan hanya berkata-kata sahaja)

Kesimpulan


Dari Imam Muda Asyraf: Dalam kehidupan kita ini, cuba kita cari 'celah' mana yang kita boleh sumbangkan dalam agama. Kutip banyak pengalaman dalam perjalanan hidup kita ini. Ingatlah, ilmu tidak boleh dipelajari oleh orang yang sombong. Dalam al-Quran, kita juga diingatkan bahawa Allah melaknat iblis kerana kesombongannya. Jadi sentiasa merendah diri kerana apa-apa yang kita miliki sebenarnya bukanlah hak milik kekal. 


Dari Dr Maza: Tempoh hidup yang singkat ini jangan disia-siakan. Perjalanan kehidupan sepatutnya menjadikan kita lebih matang, insaf dan rasa rendah diri untuk menuju Allah Yang Esa. Sentiasalah bersandarkan kepada Allah dan meminta pertolongan-Nya.


Diharapkan perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat. (: Maaf salah silap. 

No comments:

Post a Comment