Sunday, 10 November 2013

[ Travelog ke Terengganu 4 ]

Hebat perancangan Allah.


So, sekarang nak cerita sedikit mengenai unplanned thing ni. Okay. Selepas kami habis pusing di Taman Tamadun Islam, kami gerak ke rumah seorang junior, namanya Kauthar di area Kampung Ketam apa ntah lupa dah.. huhu.. So, dapat makan nasik dagang di situ. However, hanya secipu ja yang dapat masuk dalam mulut aku, Sebab perut tak beberapa molek at that time. Kami x bercadang nak stay kat rumah dia or any other rumah pun sepanjang perjalanan ni. Tapi tu lah, Allah dah aturkan perjalanan kami ni. Kami pun bermalam lah di rumah kawanku yang lagi seorang ni. Mula-mula hajatnya nak menziarah la ke rumah dia. Tapi ditakdirkan Tuhan, hujan + kilat pulak malam tu. Atas nasihat maknya yang lebih berpengalaman, kami pun dengan segan silu bahulu pun tidur lah. Dengan syarat, esok pepagi memang kena gerak balik KB dah. krekk.. 


Kami bersama Kauthar
*Maafkan keminyakan muka, biasalah kan seharian berjalan.. eh, berkereta :P*


So, sampailah kami ke rumah dia dalam waktu tu pukul 8.20 pm. (selepas pusing punya pusing tak jumpa jugak, dia mai amek kat stesen minyak). Sesampainya di situ, mak n ayahnya bawak kami keluaq makan. Disebabkan perut yang maha menyakitkan ini, (Rasa macam nak stay dalam toilet ja time ni), aku minta my dreba tulung keluarkan bual bicara. Alhamdulillah, it went well. haha! So, setel suma makan2, balik lah kami dalam keadaan hujan (btw, kami dalam keretalah time tu). Balik2 tu, refresh badan and tidur lah.


Esoknya, pepagi dalam pukul 7am ++ gitu, aku dengan member dah siap nak keluar. Kami pun sua lah muka dan badan keluar pintu bilik. Tapi kosong. Lampu ruang tamu menyala-nyala. Satu laptop terpasang. Err.. *Mana semua orang pigi?* Hantaq mesej kat member, dia x reply. krek krek.. Cemna nak balik, keta kena block. errr.. Tunggu punya tunggu, dalam sejam lepas tu, mak ayah dia balik. Ya, rupanya mereka pulang bersama nasi lemak. So, memang kena breakfast dulu lah sebelum kluaq ni. kihkih. alhamdulillah dapat makan. (:

Tengah-tengah sembang, al-maklumlah mak dia is a teacher, an art teacher while the father is a lecturer. So, memang rancaklah berbual benda-benda perguruan ni. Antara isi kandungan maknya are:

  • Jaga amanah kita sebagai guru. Bekerja setimpal dengan gaji yang kita peroleh. Jangan curi tulang.
  • At the same time, jangan kita fikir pasal gaji ja. Gaji tu memang akan masuk every month. The point to be think of is our quality of work. 
  • Soft skill- How a communication can change your mind. Well I would say that a great teacher is also a great communicator. 
  • Pendidik vs guru. [Guru bukan sekadar mengajar, tapi juga mendidik] - sounds easy but believe me, it's not
  • A teacher should be creative. She did ask us as English teachers, how can we attract the students to love and learn English? [phew! mencabar!]
  • Pentingnya ilmu dalam membezakan darjat seseorang
  • Dalam kita mengejar kejayaan, jangan dilupa kejayaan di akhirat sana.
Begitulah akhirnya conversation kami semua. Pada pukul 1010 am, kami pun gerak lah ke Pantai Batu Burok and last destination-Kampung Hiliran to buy some keropok losong. 




Ini gambar2 di Pantai Batu Burok. Well at least it was still morning so tak adalah panas sangat. So, kami sekejap ja di situ sebab sebenarnya suasana pantai tu sama ja. (well, at least for me)

Dan akhirnya, kami bergerak menuju ke Kampung Hiliran untuk membeli belah keropok losong. Wahhh.. sedap dan murah.. nyummy nyumm!!!





Kami sampai rumah pada pukul 4.25 pm (selepas took a long nap at sebuah masjid on the way ke KB) hihi

So, travelog ke Terengganu berakhir di sini. Alhamdulillah. Hebat perancangan Allah. Kalau ada kesempatan dan rezeki, boleh lah ke Terengganu lagi. Terima kasih kepada semua yang dah terlibat secara langsung dan tidak langsung. 








No comments:

Post a Comment